Tanya: Ustaz, saya ni TAK BERTUDUNG. Ada orang tanya, bila nak pakai tudung? Saya kata saya tak nak pakai kalau TAK IKHLAS. Apa pandangan ustaz?
Ustaz: Bertudunglah walau TERPAKSA. Solatlah walau TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas kerana-Nya.