A Day Without Tomorrow

A Day Without Tomorrow

SABAK BOYZZ

SABAK BOYZZ

KEDAH - Troli Amal - Masjid Al Muttaqin,Bandar Darulaman Dan Masjid Sharifah Fatimah,Jalan Kemunting,Jitra


Assalamualaikum Sahabat Sekalian,Program Semalam Sahabat? 

Macam Biasalah,Selepas Mendengar Taklimat Dari Ketua Tugas Adam Chengho,Kami Mula Berkhidmat Pada Masjid Al Muttaqin,Bandar Darulaman, Dan Masjid Sharifah Fatimah,Jalan Kemunting,Jitra,

Layanan Pihak Masjid Yang Diterima Oleh Kami Bertiga Amat-Amat Memberangsangkan Tanda Mereka Menghargai Usaha Khidmat Anak Muda Dalam Membantu Mereka Membersihkan Masjid Tak Kira Lah Siapa Pun,

Semoga ALLAH Memberkati Setiap Hasil Perjuangan Bapa-Bapa Kita Yang Tidak Jemu Mengimarahkan Masjid,Dan Kitalah Anak-Anak Muda Penyambung Warisan Mereka Sebagai Pelapis-Pelapis Imarah Rumah ALLAH Yang Maha Mulia Ini Sebelum Ianya Diheret Oleh Malaikat-Malaikat Di Hari Kiamat Kelak,

Terima Kasih Diucapkan Pada Sahabat-Sahabat Yang Menjadi Tulang Belakang Kami Selama Ini,Selamat Berbuka Sahabat Ku Tercinta Sekalian,ALLAH Merahmati Kamu Sekeluarga Aminn YAALLAH..




















KEDAH - Troli Amal -


Assalamualaikum Sahabat Sekalian,
AlhamdulLILLAH Syukur Perjalanan Semalam Kami Di Layan Dengan Baik Oleh Sahabat-Sahabat Kedah Yang Senantiasa Mengambil Berat Akan Perjalanan Kami,

Terima Kasih Juga Pada Auntie Anne Sekeluarga Kerana Sudi Menaja Pin Untuk Troli Kami,

Sokongan Yang Kami Terima Tidak Mengira Batas Kaum Dan Agama,ALLAH Rahmati Sahabat Sekalian Sekeluarga Inshaa ALLAH,Aminn YAALLAH..Esok Pagi Kami Akan Membersihkan Masjid Al Muttaqin,Bandar Darulaman,Selepas Zuhur Pula Kami Akan Membersihkan Masjid Sharifah Fatimah,Jitra,

Sesiapa Yang Ingin Bersama Membersihkan Masjid Esok Boleh Menghubungi Annas 0178723891,Sabak Boyzz!!













KEDAH - Troli Amal - Bandar Jitra


Assalamualaikum Sahabat Sekalian,Tiga Pengembara Sudahpun Sampai Di Bandar Jitra Pukul 3 Tadi,

Mereka Akan Berada Di Sana Sehingga Isnin Kerana Menerima Jemputan Membersihkan Masjid Al Muttaqin,Bandar Darulaman Dan Masjid Sharifah Fatimah,Imbas Kembali Majlis Bersama Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar Kedah,YAB Dato Seri Haji Mukhriz Ibni Tun Mahathir Di Taman Uda,Alor Setar Semalam,

Mereka Dibawa Oleh Ketua Penerangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung,Encik Amirul Syahir,MB Kedah Disifatkan Oleh Mereka Sebagai MB Berjiwa Muda,Tinggi Ilmu Agama,Serta Amat Menyokong Perjuangan Mereka,

Terima Kasih Pada Seluruh Sahabat Yang Mendoakan Mereka,Terima Kasih Jua Pada Anak-Anak Muda Kedah Yang Menyokong Mereka,JazaKALLAH Sahabat.










KEDAH - Troli Amal - Dakwah Misi Kami Pada Rakyat Malaysia Tercinta


Assalamualaikum Sahabat Sekalian,

Semoga Barakah Dalam Amalan Kita Di Bulan Mulia Bulan Ramadhan Ini Sahabat Inshaa ALLAH,Program Hari Ini Untuk Masjid Zahir,Masjid Negeri Yang Indah Ini,

Ketibaan Kami Disambut Oleh Sahabat-Sahabat Media Yang Selama Ini Menjadi Tulang Belakang Kami Dalam Menyampaikan Dakwah Misi Kami Pada Rakyat Malaysia Tercinta,

Berita Tentang Kami Sudahpun Disiarkan Di Berita TV Al Hijrah Dan Berita Astro Awani,Esok Inshaa ALLAH Kami Akan Keluar Di Berita TV9,Rezeki Kami Hari Ini Juga Untuk Bertemu Pensyarah Tercinta Yang Sudahpun 5 Tahun Tidak Ketemu,Hampir Menitik Air Mata Bertemu Cik Amir Izuddin Dan Sahabat Sifu Kami Cik Sidek Eid,Sahabat,Penghargaan Ini Untuk Anda Sahabat,Yang Menjadi Inspirasi Kami Sepanjang Perjalanan Ini,

JazaKALLAH Sahabat..JazaKALLAH..













KEDAH - Troli Amal - Masjid Zahir,Alor Setar.


Assalamualaikum Sahabat Sekalian,
Maaf Kepada Sahabat-Sahabat Yang Tidak Dapat Berjumpa Hari Ini Di Masjid Zahir,Alor Setar,

Kami Dapat Kebenaran Untuk Membersihkan Masjid Itu Esok Pagi,Esok Pagi Jam 10 Kami Akan Sampai Di Masjid Itu Dengan Troli Untuk Membersihkan,Mana-Mana Yang Berkesempatan Boleh Bersama Kami Ya Esok Sahabat,

Sabak Boyzz!!!!


KEDAH - Troli Amal - Menuju Ke Bandar Alor Star


Perjalanan Hari Ini,Dari Masjid Batu 9,Buloh Lima,Kota Sarang Semut, Menuju Ke Bandar Alor Star

Kami Ditahan Polis Kerana Memandu Terlalu Laju?Hahahahaha,Gurau Sahaja Sahabat,Terima Kasih Pada Anggota PDRM Yang Sentiasa Bertanya Khabar Dan Amat Mengambil Berat Soal Keselamatan Kami Bertiga,

Semoga Dibulan Mulia Ini ALLAH Melindungi Anggota PDRM Dalam Tugasan-Tugasan Yang Telahpun Diamanahkan,

Layanan Anak Kedah Pada Kami Membuatkan Kami Terharu Apabila Ditaja Penginapan Oleh Encik Azizi Di The Leverage Business Hotel,Alor Star,Dah Lama Beb Tak Tidur Atas Tilam Hihi,

Sabak Boyzz!! Selamat Malam Sahabat,Selamat Bersahur,Esok Kami Akan Program Masjid Negeri Kedah Masjid Zahir..Zzzzzz..Zzzz (Lena Dibuai Empuk Katil)










Ibnu Battuta Adwt

Alangkah indahnya suruhan Allah disuruhNya mengembara untuk berjaya,

dijamu olehNya pemandangan yang sangat indah agar kami tidak lelah, disediakan rumahNya di merata-rata tempat untuk kami bersinggah,

diberiNya peluang untuk berjumpa orang-orang sekeliling yang baik hati dan pemurah, dikurniakanNya saudara-saudara yang sentiasa memberi semangat agar jiwa ini terus tabah. ALLAH.

TROLI AMAL

TROLI AMAL