A Day Without Tomorrow

A Day Without Tomorrow

SABAK BOYZZ

SABAK BOYZZ

KELANTAN - Masjid Daudi. Kuala Lemal


AlhamdulLILLAH Selepas Zuhur Tadi Berkhidmat Bersih Masjid,
Mencabut Rumput Yang Tumbuh Disekitar Pokok Bunga Serta Menyapu Laman,Masjid Daudi Kuala Lemal Ini Terletak Ditepi Jalan,

Ramai Pengguna Jalanraya Pasir Mas-Tanah Merah Yang Singgah Untuk Bersolat,Sabak Boyzz!!










KELANTAN - Masjid Negeri Kelantan,Masjid Muhammadi


Membersihkan Masjid Negeri Kelantan,Masjid Muhammadi,
Walaupun Cuma Disuruh Membersihkan Tandas,Namun Besar Hati Kami Dapat Berkhidmat Untuk Rumah ALLAH Ini,

Inilah Sahaja Amal Kecil Yang Dapat Kami Lakukan Untuk Masjid Yang Besar Ini,Selepas Itu? Berjalan Melawat Istana Jahar,Istana Balai Besar,Balai Pitis,Dan Menjalinkan Hubungan Ukhuwah Dengan Sahabat Baru,Kota Bharuu!! 

We Love U!! Sabak Boyzz!!














KELANTAN - Dari Masjid Mukim Semut Api Menuju Ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu


Assalamualaikum Sahabat Sekalian,
Salam Maghrib Sahabat,Perjalanan Hari Ini,

Dari Masjid Mukim Semut Api Menuju Ke Masjid Muhammadi,Masjid Negeri Kelantan Yang Terletak Di Tengah-Tengah Pusat Bandar Kota Bharu,

Terima Kasih Pada Masyarakat Setempat Yang Amat Mesra Dengan Kehadiran Kami,

Terima Kasih Jua Pada Pengurusan Restoran Kuali Gelegak Yang Menyediakan Makan Tengahari Pada Kami,

Semoga Silaturrahim Ini Kekal Ke Jannah Inshaa ALLAH..

Love U All Sahabat!! Sabak Boyzzz!!!!









KELANTAN - Surau Simpang Tiga Pengkalan Chepa - Video


Assalamualaikum Sahabat Sekalian,Selamat Berkhidmat Di Rumah ALLAH Ke 69 Iaitu Surau Simpang Tiga Pengkalan Chepa,Suasana Di Luar Pagar Surau Yang Dikelilingi Pasar Pagi Jumaat Memeriahkan Suasana,Nak Tengok Kuih Yang Pelik-Pelik Dan Manis Belaka,Berkunjunglah Ke Kelantan Sahabat!! Sabak Boyzz!!





KELANTAN - Menuju Ke Masjid As Salam,Pengkalan Chepa 19/05/2015,


Perjalanan Hari Ini Tidaklah Jauh Mana,
Dari Kota Jembal Menuju Ke Masjid As Salam,Pengkalan Chepa,

Namun Amat Bererti Apabila Bertemu Masyarakat Yang Amat Peramah Serta Mengalu-Alukan Kedatangan Kami,

Esok Kita Program Masjid As Salam Ya,Nama Masjid Ini Sama Seperti Masjid Pertama Kami Mendarat Dulu Iaitu Masjid As Salam,Puchong a.k.a Masjid Terapung Puchong,
Sabak Boyzz!!!!









KELANTAN - Troli Amal Ziarah 2 Makam Ulama' Tersohor


Assalamualaikum Sahabat Sekalian,

Setelah Selesai Berkhidmat Di Masjid Tok Guru,Pulau Melaka Siang Tadi,Kami Dibawa Oleh Pengurus Kami,Menziarahi Makam Dua Ikon Ulama Terkenal Kelantan Dan Malaysia,ALLAHyarham Muhammad Yusuf Bin Ahmad Atau Lebih Dikenali Sebagak Tok Kenali Serta ALLAHyarham Tok Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Walaupun Tidak Pernah Bersua Muka,Namun Dapat Kami Rasakan Aura Perjuangan Ke Arah Jalan Kebaikan Yang Sudah Pasti Wajib Diwarisi Anak-Anak Malaysia,Berehatlah Guru-Guru Ku,Kita Jua Bakal Menyusul 

Jika Sudah Sampai Kehendak Sang Majikan Agung,Moga Bertambah Iman Kita Setiap Hari Sahabat,Moga ALLAH Memberkati Kehidupan Kita Malaysia Dengan Kebaikan Bersatu Dan Kekuatan Ukhuwah Yang Erat,Ikhlas,Serta Senantiasa Mahukan Kemajuan,
AMINN YAALLAH..AMINN YA ROBBAL ALAMIN..







KELANTAN - Masjid Kota Jembal,Kota Jembal


Assalamualaikum Sahabat Sekalian,

AlhamdulLILLAH Selamat Berkhidmat Untuk Masjid Kota Jembal,Kota Jembal,Pengurusan Masjid Ini Amat Baik Pada Kami Hinggakan Kami Hanya Diberikan Kerja-Kerja Ringan Sahaja 

“Buak Kijo Sikik-Sikik Jaa,Sok Sek Mu Nok Jale Lagi,Jange Wak Kijo Penak-Penak"

Hahahaha,Terima Kasih Kota Jembal,Terima Kasih Masyarakat Kelantan,Terima Kasih Malaysia!!

Sabak Boyzz!!!








Ibnu Battuta Adwt

Alangkah indahnya suruhan Allah disuruhNya mengembara untuk berjaya,

dijamu olehNya pemandangan yang sangat indah agar kami tidak lelah, disediakan rumahNya di merata-rata tempat untuk kami bersinggah,

diberiNya peluang untuk berjumpa orang-orang sekeliling yang baik hati dan pemurah, dikurniakanNya saudara-saudara yang sentiasa memberi semangat agar jiwa ini terus tabah. ALLAH.

TROLI AMAL

TROLI AMAL